Sunday

barakallahulakum..... :)

bismillahirrahmanirrahim....salam alaik....

owh....hujung minggu yang sangat hectic, tapi sangat menggembirakan....sangat happy untuk sahabat-sahabat yang selamat mendirikan rumah tangga....semoga baitul muslim yang didirikan sentiasa diberkati Allah....

gambar kenduri berjaya ditempel di sini dengan adanya kamera....keke....enjoy dengan gambar yang tak seberapa nih......hehe....best2 sebab dapat jumpa kawan-kawan semua....

hari sabtu, kenduri mimi dan pasangannya muhammad di jalan bukit petaling....


juga kenduri hanis and hafiz di subang....

hari ahad, kenduri abe dan dira di setiawangsa......

untuk semua pengantin, barakallahulakum....may Allah bless your marriage till Jannah....juga anak-anak yang soleh dan solehah yang menjadi penyejuk mata, penawar hati kalian.....

Tuesday

update versi ringkas.....ringkas la sangat......

bismillahirrahmanirrahim....salam alaik....

how are you, dear readers? harap-harapnya semua sihat-sihat belaka....just a short entry....at least bolehlah mengubat rindu di hati.....hati kamu atau hati aku???? keke... hati aku lah....setelah sekian lama tak menjengah, apalagi mencoret walau sepatah perkataan pun.....

niat di hati mahu sambung entry untuk jalan-jalan singapore haritu....tapi aku sangat tak berkesempatan untuk duduk dan menaip dengan senang lenangnya.....busy yang tersangatlah menyesakkan jiwa dan raga.....ditambah pula dengan keadaan diri yang tak berapa nak sihat....sakit kepala yang tak ada penghujung.....batuk yang tak baik-baik.....aku anggap itu semua kafarah dosa.....asyik sangat dengan dunia.....rindu pada kelas-kelas agama yang aku skip disebabkan badan yang sudah tak larat nak pergi....

oh, itu sahaja yang aku mampu tulis pada saat ini......aku sakit gigi...sakit dia merebak sampai kepala.....kamu wahai gigi bongsu, bila mahu habis tumbuh???? tiap kali kamu mahu membesar, tiap kali itulah kepala aku akan berdenyut-denyut seakan mahu pecah....makanan yang sedap pun aku tak ada selera mahu jamah....sadis betul.....tiap kali sakit, tiap kali tu aku fikir nak cabut aja.....tapi bila dah baik, aku lupa pulak.....haish......

p/s: harini 10 muharam 1433, genap aku 26 tahun (hijri)....menyambut ulangtahun kelahiran dengan berpuasa sunat......Our Lord, jadikan aku hambaMu yang banyak bersyukur....hamba yang sentiasa berusaha mencari redhaMu....jadikan aku Ya Allah, hamba yang sentiasa ingat dan rindu padaMu.....