Saturday

bicara hati

bismillahirrahmanirrahim...salam alaik....

hoho...rajin pulak aku nak meng'update blog petang-petang gini....had a conversation with my bestie, pn zaf....tanya pasal diri masing-masing and updates terbaru.....huhu....seketika jiwa raga aku ni tersentap bila my bestie tanya aku, " apa usaha you untuk cari jodoh ni??" yelah kan, unexpected question...selalu orang tanya bila nak kahwin....sekali soklan cenggitu yang ditanya...mana aku tak tersentap!!!soklan cepumas yang aku tak tak tahu apa dia punya jawapan.....sebabnya, aku rasa memang aku tak ada usaha pasal nak cari jodoh ni....aku pun terus terdiam bila dia tanya aku macam tu.....

kalau nak diikutkan, aku ni memang ada masalah sikit dengan human with opposite gender.....dari sekolah sampai sekarang, aku susah nak communicate dengan dorang....walau hakikatnya aku ni agak banyak cakap lah jugak....tapi automatik aku akan jadi sangat pasif dan pendiam kalau dekat sekeliling aku ade manusia yang berlainan jantina....

contoh macam dekat office...kalau time lunch hour, or bila staff lelaki pergi solat asar dekat masjid, aku yang sepanjang hari duduk diam boleh becok dann bising...nak kate aku cover, aku bukan nak cover pun...aku pun tak tahu nak define cemana....paling tak tahan, selama 6 bulan ade budak praktikal lelaki duduk sebelah aku, sepatah habuk pun aku tak cakap dengan dia...aku cuma cakap bila dia ade soalan yang dia tak tahu, dan biasanya dia tak tanya aku sebab dia tanya kitorang punya bos kecik.....

lepas tu, 6 bulan seterusnya, ada budak lelaki lain yang duduk sebelah aku....dan kadang-kadang kawan dia datang borak dekat meja dia...bila dengar dorang dok borak aku kadang gelihati dan rasa nak ketawa dan rasa nak menyampuk cerita dorang...tapi aku end-up buat kerja dan buat-buat serius walau perut aku ni rasa macam kena geletek...haishhhhh....

sekarang ni aku peramah sikit sebab sekarang yang duduk sebelah aku budak perempuan...huhu...aku siap bagitahu bos kecik yang aku tak nak budak lelaki yang duduk sebelah aku.....susah tahu...awkward je rasa......hoho...sampai sekarang pun aku still awkward dengan bos kecik....kalau ade yang aku nak tanya, memang aku takkan tanya dia....walau terpaksa nak tanya, aku akan cuba tak tanya dia.....

huwaaaaa....bayangkan, dah nak masuk 2 tahun aku kerja kat tempat ni, aku masih awkward dengan bos kecik....budak praktikal yang baru masuk sebulan dua pun senang je nak kamcing dengan dia sambil berlawak....aku dengan dia suasananya serius dan tegang gitu....huhu bukan dengan dia je.....dengan semua staff lelaki aku tak kamcing....aku tak tahu nak cakap apa dengan dorang selain hal kerja.....

serius, aku tak nak rasa awkward...tapi aku tak tahu macam mana nak hilangkan rasa awkward tu....nak pura-pura jadi peramah???? walaupun hakikat yang sebenar aku ni kadang lebih dari peramah???? adoi, memang tak reti......

so, menjawap balik soalan tadi, aku memang direct cakap dekat kawan aku yang aku bukannya tak pernah pikir pasal ni...maklumlah usia dah lebih suku abad....tapi yelah, nak pikir lebih-lebih pun, calon pun tak ada....so, jalan ringkas dia, bab kahwin ni aku tak berapa nak serius dan malas nak pening-peningkan kepala otak aku dengan benda yang aku tak tahu kesudahannya...adeke dimarahnya aku sebab aku tak ambil serius....pesanan dia, jangan tak ambil tahu sebab takut nanti sedar-sedar usia dah meningkat...jangan time tu baru nak menggelabah.....tak nak lah sampai satu tahap yang kita tak pikir panjang....kita terima je peluang yang ada sebab tak nak digelar andalusia (anak dara lanjut usia...)

adoi, kena hentak dengan batu je rasa....dulu aku ingat aku takkan mengalami saat-saat macam ni....saat-saat orang sekeliling, sedara mara heboh bertanya bila nak kahwin...aduyai....kalau ada calon lama dah kahwin.....tapi tulah, aku belum jumpa lagi lelaki yang boleh buat aku jatuh cinta melainkan si suami orang itu(ahsraf muslim ler...sapa lagi....)

pn zaf kata, kena berani...kalau dah suka, terus terang je....lepas tu ta'aruf, kalau serasi jumpa parents terus decide kahwin.......sekarang bukan masa untuk berlengah dan malu-malu lagi...yang penting kena serius......

jawapan aku dekat pn zaf, aku satu benda yang aku nak bagi settle dulu before aku pikir pasal kahwin...dan sekarang ni, aku tengah dalam misi nak menyelesaikan benda tu...hopefully aku berjaya......doakan aku yer...fighting auliya'..absolutely you can it!!!!

Monday

Versus

Bismillahirrahmanirrahim…..salam alaik…

Lama rasanya tak menulis…bukan taknak menulis…tapi sejak akhir-akhir ni, aku seolahnya sudah tidak tahu bagaimana mahu menulis… seolah sudah tidak mampu mengarang lagi…tak tahu nak mula dari mana….tak tahu nak cerita pasal apa…tak tahu pebenda yang perlu dikupas…..seolahnya, otak sudak tepu, bercampur-aduk, sampai tak berapa nak stable lagi…adoi, perlu ke kamu begini selalu, wahai auliya’ sayang???? Ceh…ceh…ceh…perlu ke nak bersayang-sayang bila berbicara dengan diri sendiri????? 

Jawapannya, perlulah…kalau bukan diri kita yang sayang dan ambil berat pada diri sendiri, siapa lagi???? Memang akan ada orang yang sayang kita, ambil berat pasal kita….tapi kalau diri sendiri tak sayang diri sendiri, tak ambil berat, tak berusaha untuk jadi yang lebih baik, biarlah sejuta orang sayang pon, tak beri mana pun….ok, mungkin beri makna….mungkin ada yang berubah jadi lebih baik, sebab orang keliling sentiasa nasihat jadi baik….tapi aku rasa, pasti akan ada cetusan dalam diri yang suruh berubah jadi baik, kan??? Perasaan yang membuak-buak yang mengatakan apa yang kita lakukan sekarang masih belum cukup untuk buat Allah sayang dan cinta pada kita…

Syurga Allah itu sangat mahal harganya….mahal sangat…..sangat-sangat bernilai…semua orang nak….tapi tak semua dapat..tak semua mampu mendapatkan syurga….sebab  jalan untuk sampai ke sana sangat sukar….perlu meredah onak dan duri…di tepinya ada tempat rehat yang menipu….yelah, penat, kan….mestilah nak berehat…tapi bila berehat, terjumpa air yang sangat nikmat kononnya, yang mebuatkan kita terleka dan terlupa akan perjalanan yang penuh cabaran tu….buat kita khayal dan terdetik dalam diri, buat apalah penat-penat menempuh jalan berliku…kan seronok kalau terus berehat…menikmati keasyikan yang disajikan di perhentian…..namun, setelah dikecewakan, kita kembali teringat akan perjalanan yang sukar itu…perjalanan yang penuh liku, tapi perjalanan itu menjanjikan bahagia yang tak dapat diungkap dengan kata-kata di hujungnya…hati penuh tekad mahu terus berada di jalan berliku itu…mahu menghampiri titik hujung perjalanan hingga ke hembusan nafas yang terakhir…….

Namun, hati diuji lagi…..hati disapa dengan pelbagai nikmat di tempat berehat yang menipu…disaji lagi dengan pelbagai keseronokan…..lama-kelamaan, hati mula sedar…..oh, aku ditipu lagi……sekali lagi diri berazam…..ya Tuhan, aku mahu terus berada di jalanMu….jalanMu yang menguji itu……lalu, tak berapa lama, terjumpa lagi another tempat rehat yang menipu….apakah kesudahannya???  bakal ditipu lagi atau mahu teruskan perjalanan???

Versus…. Melawan diri sendiri….nak meninggalkan apa yang diri kata best, syok tu sangat payah….meninggalkan keseronokan duniawi itu terasa sangat perit….rasanya macam menyucuk duri pada diri sendiri….Aku sedang mengalaminya lagi….mengalami saat-saat berperang dengan diri sendiri untuk entah yang keberapa kali…antara mahunya Allah dan mahunya nafsu…mana satu yang jadi pemenangnya??? Hati tertanya-tanya…kenapa sukar benar??? Kenapa lemah benar???? Kenapa bodoh benar???? Kenapa jahat benar??? Kenapa teruk benar???? Dimulut pastinya mahu menangkan mahunya Allah…tetapi hakikat yang sebenarnya, kenapa nafsu yang merajai hati????

Sukarnya mahu jadi baik…..Sukarnya mengekalkan kebaikkan….lagi sukar mahu menambah  lagi kebaikkan yang sedia ada……. Ya Allah, hanya padaMu hamba meminta….hanya padaMu hamba mengadu….hanya padaMu hamba memohon pertolongan….kasihanilah hamba, Ya Allah…..sayangi dan cintai hamba…jangan biar hamba leka, jangan biar hamba lalai…jangan  biar hamba sendiri…bantulah hamba……perkenan doa hamba, Ya Allah….

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui" (An-Nur:21)

Mudahnya jadi baik!!!! Mudahnya mengekalkan kebaikkan!!!! Lagi mudah menambah baik kebaikkan yang sedia ada!!!!  Mari gigih dan tabah berusaha, kamu pasti akan berjaya auliya’!!!!!