Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts
Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts

Saturday

corat-coret

bismillahirrahmanirrahim....salam alaik.....

how are you my dear readers???? have you had your shake today???

fuuuuuh, penyakit apa entah yang dok meracun.... lama abad tak meng'update blog kusam ni.... maaf bangat buat yang menunggu-nunggu bila aku nak update blog (haha perasan gila!) harapnya terubatlah rindu kalian dengan kehadiran entry ni... lalala....jangan marah eh.... aku memang tak berapa nak ada mood nak menambah bilangan entry.... huhu.....

actually haritu aku ada tulis entry pasal corat-coret PRU 13.... tapi idea stuck tengah jalan, terus tak jadi nak update....pasalnya aku kan parti 'ini kalilah'.... sebab dah resultnya jadi 'lain kalilah', aku jadi heart broken, kecewa, sedih, murung semua....hahaha...entah apa-apa.... kalah calon yang bertanding pilihanraya.....kakaka....now mood aku dah okey sikit.... Insya Allah still optimist untuk 'lain kalilah' pulak... 

aku ni jenis manusia yang paling malas nak bukak facebook.... tapi waktu PRU haritu aku yang paling rajin.... hahaha.... tak pasal-pasal aku ter'unfriend orang kat fb gara-gara orang yang sangat fanatik politik, bahasa sangat kasar... so bila keluar dekat wall aku jadi tak boleh nak tolerate.... actually dari pilihanraya DUN Sarawak lagi... tapi time tu aku biar je.... tapi masuk kali ni aku cam tak boleh nak biar  ayat-ayat dia berleluasa....sangat tak boleh nak terima.....

aku nak tanya, kalau kita fanatik sangat pon, sampai keluar kata-kata kesat, selain dapat dosa, apa lagi yang boleh dapat???? maybe ko dapat gaji sebab ko kerja kerajaan...selain tu???? ramai je yang berlainan pahaman politik kat fb tu...tapi takdelah sampai tahap keluar kata-kata kesat..... walaupon ada jugak yag keluar ayat makan dalam...huhuhu....

and yang paling ketara sekali orang yang mengeluarkan sentimen perkauman adalah mereka2 dari pihak yang melaung-laungkan slogan 1 Malaysia... antara ayat-ayat mereka adalah....

undilah DAP, tunggulah nasib negeri korang jadi macam Singapore, jadi macam Penang.....tunggulah nanti tanah orang Melayu habis tergadai....habislah orang Melayu...habislah....habislah....habislah.....

ok, cukup....tak nak cerita pasal politik dah.... aku tak nak lah cakap kencang sangat... nanti kata aku emotional pulak....hahaha.... takde lain dah yang kita boleh buat.... walau pahit sekalipon, aku redha keputusan PRU kali ni....  tapi aku salute dengan manusia-manusia luar biasa yang sanggup meredah onak duri untuk buang undi.... 


salute!!!!

first time tengok gambar ni air mata aku bergenang kot!!!!


my dear friend fa, ibu muda bersemangat kental!!!! baru 4 hari bersalin still tak bagi alasan tak mengundi!!!!

kepada sesiapa yang takde masalah yang memudaratkan yang dah layak mengundi, pastu tak gi mengundi memang sangat shame on you....huhu...

***

jom yok kita sama-sama perbaiki diri kita jadi lebih baik....jadi hamba yang Allah kasih....jadi hamba yang Allah sayang... kalau sembang lebat pasal politik pon, takkan jadi apa-apa kalau kita sendiri yang tak baiki diri kita dulu..... 

***

tak berkesempatan pergi pesta buku haritu...dengar khabarnya Hlovate keluar novel baru!!!! nak nak nak!!!!!

nak share video Maher Zain...forgive me....sempena nak menyambut Ramadhan yang bakal menjenguk....reminder untuk preparation sebelum bertemu kekasih hati yang dirindui.... entah sempat berjumpa entahkan tidak, Allah je yang tahu..... nak sangat bertemu kekasih hati dalam keadaan hati suci besih.... nak masuk Syurga!!!! Ya Allah, please give me strength to face dunia yang penuh pancaroba!!!!!


p/s: dah masuk bulan Rejab...jom doa ketat-ketat Allah izinkan kita jumpa Ramadhan and fully utilised Ramadhan as bekal nak masuk Syurga!!!



Wednesday

rapuh :(

bismillahirrahmanirrahim....salam alaik....

sejak jadi 'penganggur' ni, disebabkan 'banyak' sangat masa untuk diri sendiri....terlebih masa pulak aku layan jiwa....O Allah....aku sangat lemah.....i am nothing Ya Allah...nothing compared to semua nikmat yang Allah bagi.....

O Allah....i only hope for your mercy....please Ya Allah...guide me to the right path......lemahnya terasa diri ini Ya Allah....aku nak sangat jadi hamba yang Allah cinta....nak sangat-sangat jadi hamba yang Allah kasih...yang Allah sayang.....tapi kenapa amal perbuatan aku tak langsung menunjukkan kesungguhan yang aku benar-benar nakkan tempat yang istimewa di sisi Allah???

Ya Allah, aku sangat sedih....sedih sangat kenapa aku tak kuat tahan cabaran?? kenapa aku sangat lemah??? lemah yang menyedihkan...aku nak jadi kuat Ya Allah....kuat di sepanjang perjalanan aku kat dunia ni....aku takut untuk bayangkan kesudahan hidup aku selepas ini....syurga atau neraka??? aku sangat takut! sangat-sangat takut!!! takut nak bayang!!! takut aku mati saat diri ini penuh noda dan dosa!!! takut sangat!!! takut sangat-sangat!!!!

"Seiring waktu berlalu tangis tawa di nafasku 
Hitam putih di hidupku jalani takdirku 
Tiada satu tersembunyi, tiada satu yang terlupa 
Segala apa yang terjadi Engkaulah saksi"

"Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini"

"Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
DiriMu yang bertakhta"

"Ku bersujud pada-Mu
Dan pasrahkan diri dike-maha-anMu
Ku berlindung selalu pada dosa-dosa
Dan setiap salahku
Kau jagalah lindungilah cintailah aku

Setiap detik yang berlalu
Menghitung diriku
Bertanya padaku
Akankah sia-sia bila akhir waktu
Datang memanggilku
Kau jagalah lindungilah selamatkan aku

Allah Allah Allah

Kau jagalah lindungilah selamatkan aku

Jagalah diriku jagalah diriku
Lindungi lindungi lindungilah aku ini
Jagalah cintai lindungi selamatkan Ya Allah"

"Penuhi jiwa ini dengan satu rindu
rindu untuk mendapatkan cinta-Mu
meski tak layak ku harap debu cinta-Mu
meski begitu hina ku bersimpuh"

"O Most Compassionate,
Have compassion on our weakness

O Forgiver,
Forgive our sins

O Concealer,
Conceal our faults

O Bestower of honour,
Bestow honour on our Ummah

O Granter of prayers,
Please answer our prayers

O Gentle One,
Be gentle with us

Allah is the Greatest"

"Bila mungkin hidup hampa dirasa
Mungkinkan hati merindukan Dia
karena hanya denganNya hati tenang
Damai jiwa dan raga

Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi
Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi
Hanya padaMu ya robbi"

"Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi"

p/s: sangat rapuh malam ni...O Allah...please give me strength..... 












Tuesday

fighting!!!!

bismillahirrahmanirrahim...salam alaik...

kaifa halukum??? ana bikhair, alhamdulillah....

ngeh3.....lamanya tak update...rasa macam dah berkurun....hehe...sorry, eh!!! tak sengaja!!!! kasihan sapa yang baca blog aku....nak menunggu update punyalah lama...pastu bila ada entry baru asyik cerita pasal jiwa kacau je.....

nak cerita pasal apa dulu eh???? tahu tak??? laptop kesayangan aku menjadi mangsa panahan petir!!!! sadis tahu!!! di saat aku bergelut menjawap exam ptd hari sabtu haritu, laptop aku di rumah accident!!! gara-gara adik aku guna lepas tu tak tutup plug....tamat riwayat laptop dan juga streamyx yang baru je upgrade.....ayah aku siap warning jangan mengamuk dekat adik aku tuh....kemarahan kalau dipendam bukankah boleh membunuh???? aku di dah lah tension dengan kerja kat office....tambah pulak dengan laptop yang dah rosak, lagilah bertambah-tambah kestressan aku.....

tapi tak mengapa...mengapa perlu berduka terlebih-lebih??? kalau dah bukan rezeki kita, kita cuba protect macam mana pun, takkan jadi milik kita....ini cuma ujian kecik yang tak seberapa....sabarlah auliya'.....sabar dan tingkatkan kesabaran.....

erm, hah, hari sabtu haritu, aku gi exam ptd kat sekolah victoria....aku rasa, aku dah cuba jawab sebaik mungkin....lebih baik dari exam ptd tahun lepas, lebih baik dari exam juruaudit bulan 4 haritu.....tapi still, rezeki tu Allah yang bagi...doa and tawakal je yang aku mampu buat sekarang ni......

okey, itu saje update yang aku mampu nak kongsi buat masa ni....kerja kerja kerja!!!!

p/s: Hari ini Hari Nakbah. Tahukah anda apa dia Hari Nakbah? Ia diperingati oleh rakyat Palestin, orang Arab dan pejuang Islam seluruhnya, sejak 1948, sebagai memperingati hari rakyat Palestin dihalau dan dibantai beramai-ramai dari negara mereka sendiri. Yaumunnakbah ini kalau diterjemahkan maknanya: Day of The Catastrophe, menggambarkan betapa dasyatnya peristiwa tersebut. Mari sama-sama kita juga mengingati peristiwa-persitiwa ini untuk sama-sama memacu perjuangan Islam ke hadapan.(Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre)

p:p/s: aduhai, orang lain semua pakat fikir masalah umat, aku masih celaru dengan masalah sendiri!!!! ayuh auliya', kobarkan semangat jihadmu!!!!

Monday

Versus

Bismillahirrahmanirrahim…..salam alaik…

Lama rasanya tak menulis…bukan taknak menulis…tapi sejak akhir-akhir ni, aku seolahnya sudah tidak tahu bagaimana mahu menulis… seolah sudah tidak mampu mengarang lagi…tak tahu nak mula dari mana….tak tahu nak cerita pasal apa…tak tahu pebenda yang perlu dikupas…..seolahnya, otak sudak tepu, bercampur-aduk, sampai tak berapa nak stable lagi…adoi, perlu ke kamu begini selalu, wahai auliya’ sayang???? Ceh…ceh…ceh…perlu ke nak bersayang-sayang bila berbicara dengan diri sendiri????? 

Jawapannya, perlulah…kalau bukan diri kita yang sayang dan ambil berat pada diri sendiri, siapa lagi???? Memang akan ada orang yang sayang kita, ambil berat pasal kita….tapi kalau diri sendiri tak sayang diri sendiri, tak ambil berat, tak berusaha untuk jadi yang lebih baik, biarlah sejuta orang sayang pon, tak beri mana pun….ok, mungkin beri makna….mungkin ada yang berubah jadi lebih baik, sebab orang keliling sentiasa nasihat jadi baik….tapi aku rasa, pasti akan ada cetusan dalam diri yang suruh berubah jadi baik, kan??? Perasaan yang membuak-buak yang mengatakan apa yang kita lakukan sekarang masih belum cukup untuk buat Allah sayang dan cinta pada kita…

Syurga Allah itu sangat mahal harganya….mahal sangat…..sangat-sangat bernilai…semua orang nak….tapi tak semua dapat..tak semua mampu mendapatkan syurga….sebab  jalan untuk sampai ke sana sangat sukar….perlu meredah onak dan duri…di tepinya ada tempat rehat yang menipu….yelah, penat, kan….mestilah nak berehat…tapi bila berehat, terjumpa air yang sangat nikmat kononnya, yang mebuatkan kita terleka dan terlupa akan perjalanan yang penuh cabaran tu….buat kita khayal dan terdetik dalam diri, buat apalah penat-penat menempuh jalan berliku…kan seronok kalau terus berehat…menikmati keasyikan yang disajikan di perhentian…..namun, setelah dikecewakan, kita kembali teringat akan perjalanan yang sukar itu…perjalanan yang penuh liku, tapi perjalanan itu menjanjikan bahagia yang tak dapat diungkap dengan kata-kata di hujungnya…hati penuh tekad mahu terus berada di jalan berliku itu…mahu menghampiri titik hujung perjalanan hingga ke hembusan nafas yang terakhir…….

Namun, hati diuji lagi…..hati disapa dengan pelbagai nikmat di tempat berehat yang menipu…disaji lagi dengan pelbagai keseronokan…..lama-kelamaan, hati mula sedar…..oh, aku ditipu lagi……sekali lagi diri berazam…..ya Tuhan, aku mahu terus berada di jalanMu….jalanMu yang menguji itu……lalu, tak berapa lama, terjumpa lagi another tempat rehat yang menipu….apakah kesudahannya???  bakal ditipu lagi atau mahu teruskan perjalanan???

Versus…. Melawan diri sendiri….nak meninggalkan apa yang diri kata best, syok tu sangat payah….meninggalkan keseronokan duniawi itu terasa sangat perit….rasanya macam menyucuk duri pada diri sendiri….Aku sedang mengalaminya lagi….mengalami saat-saat berperang dengan diri sendiri untuk entah yang keberapa kali…antara mahunya Allah dan mahunya nafsu…mana satu yang jadi pemenangnya??? Hati tertanya-tanya…kenapa sukar benar??? Kenapa lemah benar???? Kenapa bodoh benar???? Kenapa jahat benar??? Kenapa teruk benar???? Dimulut pastinya mahu menangkan mahunya Allah…tetapi hakikat yang sebenarnya, kenapa nafsu yang merajai hati????

Sukarnya mahu jadi baik…..Sukarnya mengekalkan kebaikkan….lagi sukar mahu menambah  lagi kebaikkan yang sedia ada……. Ya Allah, hanya padaMu hamba meminta….hanya padaMu hamba mengadu….hanya padaMu hamba memohon pertolongan….kasihanilah hamba, Ya Allah…..sayangi dan cintai hamba…jangan biar hamba leka, jangan biar hamba lalai…jangan  biar hamba sendiri…bantulah hamba……perkenan doa hamba, Ya Allah….

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui" (An-Nur:21)

Mudahnya jadi baik!!!! Mudahnya mengekalkan kebaikkan!!!! Lagi mudah menambah baik kebaikkan yang sedia ada!!!!  Mari gigih dan tabah berusaha, kamu pasti akan berjaya auliya’!!!!!

Thursday

updates versi kucar barai... ;p

bismillahirrahmanirrahim...salam alaik....

kaifa halukum???? ana bikhair, alhamdulillah...... 

oho, since lama tak update banyak benda yang aku nak cerita...tapi memandangkan aku sedang mengalami sindrom jiwa kacau, agak terbantut idea di kepala....huwaaaaa....aku stress kerja!!!!

just to inform, majlis amanah rakyat aka MARA ada buat iklan untuk rekrut pensyarah/guru MARA ambilan 2012....sesiapa yang berminat mahu menjadi pendidik, bulehlah mengisi borang permohonan sesegera yang mungkin....sebab tarikh tutup 7/10/2011.

selain tu, kementerian pendidikan Malaysia aka KPM juga sudah keluarkan iklan untuk kursus perguruan lepasan ijazah sekolah rendah j-qaf  aka KPLI-SR (j-qaf).....and sesiapa yang berminat, sila beli no PIN di bank simpanan nasional aka BSN sesegera yang mungkin juga sebab tarikh tutup permohonan 9/10/2011. last beli pin 7/10.

selain dari itu, silalah ke jobsmalaysia/jobstreet untuk mendapat maklumat kerja kosong....hoho...

***

 baca paper tadi, ada segmen tanya pendapat artis tentang perlaksanaan hukum hudud di malaysia....sangat-sangat sedih baca pendapat mereka...pendapat yang sangat-sangat menunjukkan ketidak-tahuan yang jelas tentang hukum Tuhan....nak salahkan siapa???

for God sake, artis bukanlah orang yang sesuai untuk tanya pendapat tentang agama......bimbang kalau jawapan yang mereka bagi bakal merosakkan aqidah mereka sendiri dan umat islam...hudud hanya sesuai dekat negara arab tapi tak sesuai laksana di malaysia?? hudud tak sesuai untuk non-Muslims??? Allahuakbar.... apa benda ni?? kalau tak tahu, tak jelas, nyatakan saja....paling koman pun, selidik tahu, jangan main cakap sembereno.....

Allah yang cipta kita, hukum Tuhan itu sesuai dilaksanakan di mana-manapun, di zaman apapun.......Dia Maha Tahu apa yang terbaik untuk hambaNya....mana mungkin undang-undang yang direka oleh yang dicipta mampu menandingi undang undang dari yang Maha Pencipta???

kalau dikata negara kita belum sesuai, tidak mampu untuk laksanakan semuanya sekaligus, cukup kalau setiap sepuluh tahun satu......selepas sepuluh tahun, laksanakan lagi satu hukum, sampai akhirnya kesemua hukum Allah itu tertegak.....

adakah kita tidak mahu negara kita diberkati Allah?? adakah kita tidak mahu negara kita dipimpin ketua yang adil lagi dicintai Allah??? adakah kita tidak mahu negara kita aman damai bebas dari segala masalah jenayah yang semakin hari sudah tidak terbendung?? 

menuntut ilmu itu wajib....bukan setakat ilmu sains, math segala....belajar pendidikan islam bukan hanya untuk ustaz ustazah....bukan pilihan terakhir bila tak layak masuk universiti.....kita wajib belajar sebab Islam itu the way of life....bagaimana nak hidup cara Islam kalau tak tahu tentang Islam?? janggal bila laksana sunnah??? rasa kolot nak tiru cara Rasul????

please, please, please....... kalau bukan umat Islam sendiri yang nak tegakkan agama Allah, kalau bukan umat Islam sendiri yang nak laksanakan Sunnah Rasul, siapa lagi yang boleh diharapkan??? mari, mari....mari ambil tahu tentang cara hidup yang diredhai Allah....

"Ya Allah, selamatkan kami umat di akhir zaman....dengan iman yang terpelihara..."

p/s: im sorry for the kucar kacir.....jiwa kacau belum hilang lagik.....





Tuesday

sedihlah :(

bismillahirrahmanirrahim...salam alaik....

apa khabar kalian??? aku baik-baik aja....alhamdulillah....

hati makin sedih, hati makin pilu....hati makin terasa berat bilamana ramadhan yang mulia ini bakal berlalu....apakah aku sudah memanfaatkan ramadhan sebaik-baiknya??? Ya Allah, beri aku kekuatan untuk memanfaatkan masa yang masih tinggal...moga ia tidak berlalu dengan sia-sia....

p/s: entry ini memang panjang ini aja....huhu...sedihlah....

Saturday

peringatan indah buatku-versi copy paste

bismillahirrahmanirrahim... salam alaik...

artikel ini aku copy and paste dari facebook kak dina....moga bermanfaat...


Terima Kasih atas email ni sister Anfaal....
  
Dari Abu Hurairah radhiyaAlllahu ‘anhu, bahawa suatu ketika Nabi sallaAllhu ‘alaihi wasallam memberi khabar gembira kepada para sahabatnya seraya bersabda;
“Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah, Allah mewajibkan untuk berpuasa. Di bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup; sejahat-jahat syaithan dibelenggu. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa yang terhalangi dari mendapatkan kebaikan (pahala) malam itu; bererti dia telah terhalangi untuk mendapatkan kebaikan yang banyak” (HR. Ahmad dan An-Nasa’ie disahihkan oleh Syu’aib al-Arnauth)

Dalam khutbah Baginda yang panjang sempena menyambut Ramadhan, RasululuLlah s.a.w bersabda antara lainnya;

“Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin. Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya. Kasihilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu...

Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu keranaa itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih; Dia menjawab seruan mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai kerana amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat kerana beban (dosa) mu, maka ringankanlah dengan memperpanjangkan sujudmu.
Ketahuilah! Allah ta’ala bersumpah dengan segala kebesaranNya bahwa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabb al-alamin.

Wahai manusia! Barang siapa di antaramu memberi buka kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan dia diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu. (Sahabat-sahabat lain bertanya: “Ya Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian.”

Rasulullah s.a.w meneruskan: “Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.” 

Wahai manusia! Siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini ia akan 
berhasil melewati sirathol mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir.

 Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaanNya di hari kiamat. 

Barangsiapa menahan buruk perilakunya di bulan ini, Allah akan menahan murkaNya pada hari ia berjumpa denganNya. 

Barang siapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa denganNya. 

Barang siapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturahim) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmatNya pada hari ia berjumpa denganNya.

 Barang siapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmatNya pada hari ia berjumpa denganNya. 

Barangsiapa melakukan solat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka.

 Barangsiapa melakukan solat fardhu baginya ganjaran seperti melakukan 70 solat fardhu di bulan lain. 

Barangsiapa memperbanyak salawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan  meringan.

 Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat al-Qur’an, ganjarannya sama seperti mengkhatam al-Qur’an pada bulan-bulan yang lain” (HR Ibnu Huzaimah)

Friday

tarbiah Ramadhan

bismillahirrahmanirrahim...salam alaik....

jumaah mubarakah, everyone.....hari ni da 5 Ramadhan...how' life? 

apa khabar puasa kita? apa khabar amalan kita? semangat Ramadhan kita? makin bertambah dan bertambah dan bertambah??? hendaknya semangat Ramadhan kita terus kukuh dan semakin marak lagi... dalam menjalani tarbiah Ramadhan, sudah pasti hari-hari yang dilalui sedikt berbeza dengan hari-hari biasa....ujian, cabaran, dugaan pastinya lebih hebat... yang pasti, kesabaranlah yang diperlukan dalam mendepani halangan tersebut.... bersabar dan tingkatkan kesabaran....Insya Allah, Allah bersama dengan orang-orang yang sabar...

rabu malam haritu, ada tazkirah sebelum solat terawikh...beza antara "living" and "alive"... kalau kita hidup di dunia ni bangun pagi, pergi kerja, balik kerja, makan, tidur, lepas tu esok bangun, ulang rutin yang sama, kahwin, dapat anak...samalah kita macam haiwan ternak. kita hanya "living". 

tapi kalau kita bangun pagi kerana Allah, makan kerana Allah, kerja kerana Allah, kahwin kerana Allah, tidur kerana Allah, kita "alive"

manusia yang "alive", hidupnya punya aim. punya target. hidup untuk akhirat. bukan untuk dunia semata-mata...hidup di dunia. membuat bekal sebanyak-banyaknya....sebagai bekalan di alam sana...alam yang sangat asing yang tidak terjangkau dek akal dan fikiran kita....

andai semua perkara yang kita lakukan semuanya kerana Allah, itulah ibadah...itulah yang dituntut kepada makhluk yang bernama jin dan manusia....tapi sekarang, kita specifickan pada manusia...sebab aku manusia...dan anda yang membaca ni pun manusia, kan...

sabda Nabi saw yang more or less begini maksudnya, "semua umatku akan masuk syurga, kecuali sesiapa yang enggan masuk." para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, siapakah umatmu yang gila yang tidak mahu memasuki syurga?" Rasulullah menjawab, yang masuk Syurga adalah umatku yang melaksanakan suruhanku, yang tidak masuk syurga adalah yang enggan melaksanakan suruhanku"

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan." (At-Tahrim:6)
mari berdoa,
 "Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan" (Ibrahim:41)
memang aku ingat nak berpuasa dari menulis di blog. tapi ayat ini buat aku pikir 2 kali: 
"Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut ugama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu". Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): "Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?"  (Ibrahim:44)
berpesan-pesan sesama manusia.....sebenarnya akan mengingatkan diri yang alpa juga... semoga kita sentiasa berada di atas laluanNya....
"Ingatlah! Sesungguhnya segala yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah. Awaslah! Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Yunus:55)
perbanyakkanlah membaca Al-Qura'an dan terjemahannya sekali. aku menangis bila kali pertama membaca terjemahan surah As-Saf ayat 10-13:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? 

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). 

(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar. 

Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman. 









Tuesday

A man who decides to change on the 12th hour.... dies on the 11th

bismillahirrahmanirrahim...salam alaik...

rasanya macam da berkurun tak mengupdate...padahal last aku tulis entry baru je minggu lepas...tapi aku rasa blog ni macam dah berdebu sangat...hehe...

pekabo sume? sihat ke? aku tak berapa nak sihat...kerja punya pasal....untung2 aku dapat selesema....alhamdulillah....sakit kan nikmat...tak ke???

opss, tu bukan motip aku update blog.....actually, nak share a quote from cerita pendek 11th hour. kalau nak tengok cerita ni boleh klik sini.



"A man that decides to change on the 12th hour dies on the 11th."
cerita ni lama dah ada...tapi aku tak pernah tahu pun kewujudan dia. cerita ni ada disebut dalam novel hlovate, contengan jalanan....tapi bukan contengan jalanan blog aku...cari sampai lubang cacing pon, sure takkan jumpa punya.....lalala....blog aku tak dak lubang....... ;p

sebut pasal 11th hour ni, it's about hidup kat dunia ni sementara ja....at any time, Allah boleh ambil nyawa kita...apa aja yang kita miliki, semua tu tak de apa2 makna jika kita jauh dari Allah..

apakah yang akan disesalkan, jika Allah ambil nyawa kita sekarang? ada hajat yang belum kesampaian? belum ada duit banyak??? belum ada rumah besar??? belum ada kereta mewah??? think again...betulka kalau takdak benda2 tu semua, kalau mati sekarang dikira hajat tak sampai???

 bila tiba saat kita untuk bertemuNya, benarkah tiada apa yang disesalkan? sudah benar-benar bersediakah kita untuk menghadapi saat kematian? selama hidup di dunia, sudah laksanakan semua yang Allah perintahkan?? sudah tinggalkan semua yang dilarang?? 

bila mahu sedar yang dunia ini hanya kesempatan dan persinggahan untuk menyediakan bekalan ke alam sana? bila mahu sedar segala apa yang dikerjakan akan dihisab di neraca almizan? Janji Allah itu benar....yakin atau tidak pada Dia, segala apa yang diberitahu, segala apa yang dijanji, pasti akan benar-benar berlaku....

semoga kita sempat berubah di jam yang ke-10, sebelum Allah ambil nyawa kita di jam ke-11...bukan mati di jam ke-11 sebelum sempat berubah di jam ke-12...... to change, before it's too late...because death could hit anytime, anywhere, soon...

"Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah." (Luqman:33)

Thursday

Hidup itu antara syukur dan sabar-HAMKA

bismillahirrahmanirrahim....salam alaik....

setelah dilanda taufan perasaan semalam, harini mood aku bertambah sejuta kali lebih baik.....pasal apa tah semalam sensitip terlebih....aduhai auliya'....kamu dan jiwa kacau seolahnya tak dapat dipisah.......baru diuji sedikit, melatahnya sampai seantero dunia....haish....

berapa kali mahu bilang.....sabar, sabar, sabar....apalah sangat dengan ujian yang sedikit itu kalau hendak dibandingkan dengan orang lain yang ujian, cabaran, dugaan, halangan jauh lebih besar...Allah......

terbaca satu quote dari Hamka.....hidup itu antara syukur dan sabar......Allah, Allah, Allah......setiap orang yang beriman itu pasti akan diuji.....tapi Allah kata, Allah takkan bebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya...dan setelah setiap kesulitan pasti ada kemudahan.....sabar, sabar, sabar.....Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar...

setiap orang yang mengaku beriman Allah pasti akan uji...tiada keraguan tentang itu....Allah uji kita sebab Allah nak lihat siapa diantara orang yang mengaku beriman tadi yang betul-betul beriman...adakah beriman itu sekadar di bibir....atau yang betul-betul melafaz dengan lidah, yakin dengan hati dan laksanakan dengan perbuatan....

sabar auliya'...sabar....bersabar di atas segala perkara yang bertentangan dengan kehendakmu.....itu ujian untukmu......bersabarlah, pasti ada sinar kebahagiaan dihujung penantian kesabaranmu nanti....

seperti kata Hamka, hidup itu antara syukur dan sabar......syukur.....satu ungkapan yang mudah tetapi amat payah dilaksanakan.....kalau tidak, masakan Allah kata "amat sedikit hamba-hambaKu yang bersyukur....."

Alhamdulillah, aku masih ada abah dan umi....ada adik-adik...ada sahabat-sahabat dan keluarga yang mengambil berat.... Alhamdulillah.... Alhamdulillah.... Alhamdulillah.... biasalah kalau berselisih pendapat....biasalah kalau tak semua yang terjadi mengikut kemahuan dan hasrat.....

kalau ada yang menguji, ubatnya sabar....syukur dan sabar....syukur dan sabar....semat dalam hatimu auliya'....jangan sekali-kali lupa siapa dirimu di atas dunia ini......mengapa Allah menjadikanmu....

aku ialah khalifah di muka bumi...sebagai pengganti rasul, untuk menyampaikan amanah dari Allah....menyeru manusia ke arah kebaikan...menyeru manusia supaya kenal dan taat pada Tuhan...at the same time, aku juga hamba.....tiadalah Allah menjadikan jin dan manusia selain dari untuk beribadat kepadaNya....

Allah ciptakan aku tak lain tak bukan adalah untuk menyembahNya......selain daripada untuk menyembahNya, aku tak layak langsung untuk hidup di muka bumi......kalau kata kasarnya, haram untuk aku hidup atas muka bumi ni kalau aku tak laksanakan seperti mahunya Allah.....kalau  aku lebih seronok habiskan usia aku mengundang kemurkaan Allah....kalau aku lagi seronok berjaga tengok vcd sampai tidur lewat malam dari aku rasa seronok bertahajud....kalau aku sanggup tidur lambat siapkan assignment, study untuk exam tapi aku lewat solat subuh, atau sampai terlepas solat subuh....Allah, Allah, Allah....terasa kerdil diri ini ya Allah...kalaulah boleh dibuat perbandingan, dosaku itu seluas lautan yang ada di dunia ini....pahalaku pula, adakah ada??? atau sudah habis lebur dimamah dosa???

tapi syukur ya Allah...aku masih bernyawa....syukur ya Allah, peringatan dariMu tidak pernah putus....syukur ya Allah aku tidak terus terlena....syukur ya Allah atas ingatan ini....beri aku peluang ya Allah, untuk aku tebus dosa....beri aku peluang ya Allah, untuk aku jadi serikandi agama....beri aku peluang ya Allah, sebelum nyawaku Kau ambil untuk dibawa ke alam sana....semoga tiada penyesalan...semoga tiada penyesalan....semoga tiada penyesalan......