Tuesday

attention, please!!!

bismillahirrahmanirrahim....salam alaik.....

i just don't know the right words to use....the right words to describe what i feel right now...oh seriously, crimes nowadays are really sickening!!!

nak tahu cerita full, click sini

this thing happened tak jauh dari rumah aku....actually taman sebelah....memang akan lalu kawasan tu tiap kali aku pergi and balik kerja....sekarang ni, rasa tak secure even hanya keluar depan rumah.....

untuk pengetahuan kalian, bulan ni je, termasuk kes yang jadi semalam, dah 4 kali kes ragut jadi...semuanya pakat main parang je sekarang.....Allah...

takut memang takut....tapi still, life must go on....takkan tak nak keluar rumah...takkan tak nak pergi sekolah...takkan tak nak pergi kerja....takkan nak berkurung, tak buat apa-apa...

yang paling mudah, tapi banyak orang lupa nak buat is berdoa...pray to Allah to protect ourselves, our family, berdoa untuk kebaikan sesama kita...

let's pray, "Rabbi najjini minal qaumaz zholimin" (Al-Qasas: 21).... "Ya Allah, selamatkan aku dari kaum yang zalim.." it's there in Qur'an...doa inilah yang dibaca oleh Nabi Musa, sewaktu pakatan Fira'un mahu membunuh baginda....

not to forget, there is an obligation of ikhtiar...kita ikhtiar bukan hanya sebab Allah suruh, kita ikhtiar tak lain tak bukan untuk kebaikan diri kita sendiri jugak...apa yang terdetik dalam kepala aku sekarang ni nak beli pepper spray...

kalau dapat rembat yang kaler pink ni pon best jugak, kan??


p/s: takut bukan kita yang sembur perompak, tapi perompak yang sembur kita...na'uzubillah....



Sunday

the day our maksu became puan

bismillarahmanirrahim....salam alaik....

once again, hujung minggu yang sangat meletihkan tapi sangat menggumbirakan....it has nothing to do with balik kampung or super riuh cousins, because this time, it's about super kecoh 2nd cousins....haha...

umi's cousin, whom we called maksu, selamat dinikahkan dengan paksu semalam…since rumah family maksu hanyalah dilorong belakang rumah aku, kitorang start berkampung dekat rumah wan induk(my late wan’s younger sister…this wan is refer to mak umi…wan yang dekat kampong is mak abah) since hari kames...
kames malam tu kitorang busy siapkan goodies, bunga telur semua…memang meriah sangat time tu, especially bila family pak tam yang tinggal dekat Ireland balik and meriahkan suasana….
tergeliat lidah aku nak bercakap dengan budak2 tu…slang British tak tahan….jenuh nak paham ape yang budak2 ni cakap sebab slang dorang sangat pekat….dah lah muka macam mat saleh dah….yang paling nak tergelak ade sorang anak sedara aku ni cakap kat mak dia, ‘mak, kat depan tu ada anak mat saleh’ mak dia jawab la ‘bukanlah, anak orang Malaysia tu’. Anak dia tak puas hati lagi cakap ‘tapi mak, dorang cakap macam orang putih’. Mak dia malas nak layan cakap la ‘orang melayu, orang melayu.’
Memang tak kering gusi lah dok melayan budak2 nih…ade je benda yang dorang buat yang buat perut orang terburai sebab gelak tak berenti….muhammad imtiaz and luqman nafis, kaklong already miss both of you…
Part yang paling nak pecah perut time sesi bukak hadiah…bila paksu and maksu baca kad ucapan yang ade dekat kad, buleh pulak dorang tanya, who’s suzana? Haha…maksu kome tu ler suzana…haha… pastu ade ayat ‘semoga bahagia ke cucu cicit’ dorang cakap pulak, ‘it’s from cucu cicit’ ayat melayu, depa dah tak berapa nak paham….dapat tangkap yang simple2 jer…aduhai, yang tukang tulis pon…anak pon tak dak lagik mana nak datang cucu cicit???
Sebelum satu2 hadiah tu kena bukak, sebok jer dorang nak teka apa ade dalam kotak tu….ade ke patut teka ‘I think it’s a bird cage, because it is so big.’ Luqman, luqman…mana ade hadiah kawen orang bagi sangkar burung….birthday present lain cerita, la….terburai perut kaklong luqman oiiiiii…sabo je la budak nih…
Korang layan je lah pikca yang tak seberapa nih….gamba banyak dekat photographer….yang dekat kamera aku gamba banyak yang blur…maklum, pakai camera cikai ja….papepon, once again, congrats maksu…tinggal di perantauan ingat2 kami di sini…haha…perantauan la sangat setakat kuantan….gonna miss ur delicious cooking…ahahaha…

imtiaz and luqman, 2 handsome boys, imported from ireland

muka penat tak larat nak bergamba!!!

seragam...jelez aku baju depa cantik sangat...yang tudung kuning tu tukang pakai/lukis inai...kreatip tak hengat!!!

everybody, smile!!!!!
woooo, tangan luqman ade inai dragon!!!
  
selamat pengantin baru, maksu!!!moga bahagia sampai syurga!!!

Tuesday

A man who decides to change on the 12th hour.... dies on the 11th

bismillahirrahmanirrahim...salam alaik...

rasanya macam da berkurun tak mengupdate...padahal last aku tulis entry baru je minggu lepas...tapi aku rasa blog ni macam dah berdebu sangat...hehe...

pekabo sume? sihat ke? aku tak berapa nak sihat...kerja punya pasal....untung2 aku dapat selesema....alhamdulillah....sakit kan nikmat...tak ke???

opss, tu bukan motip aku update blog.....actually, nak share a quote from cerita pendek 11th hour. kalau nak tengok cerita ni boleh klik sini.



"A man that decides to change on the 12th hour dies on the 11th."
cerita ni lama dah ada...tapi aku tak pernah tahu pun kewujudan dia. cerita ni ada disebut dalam novel hlovate, contengan jalanan....tapi bukan contengan jalanan blog aku...cari sampai lubang cacing pon, sure takkan jumpa punya.....lalala....blog aku tak dak lubang....... ;p

sebut pasal 11th hour ni, it's about hidup kat dunia ni sementara ja....at any time, Allah boleh ambil nyawa kita...apa aja yang kita miliki, semua tu tak de apa2 makna jika kita jauh dari Allah..

apakah yang akan disesalkan, jika Allah ambil nyawa kita sekarang? ada hajat yang belum kesampaian? belum ada duit banyak??? belum ada rumah besar??? belum ada kereta mewah??? think again...betulka kalau takdak benda2 tu semua, kalau mati sekarang dikira hajat tak sampai???

 bila tiba saat kita untuk bertemuNya, benarkah tiada apa yang disesalkan? sudah benar-benar bersediakah kita untuk menghadapi saat kematian? selama hidup di dunia, sudah laksanakan semua yang Allah perintahkan?? sudah tinggalkan semua yang dilarang?? 

bila mahu sedar yang dunia ini hanya kesempatan dan persinggahan untuk menyediakan bekalan ke alam sana? bila mahu sedar segala apa yang dikerjakan akan dihisab di neraca almizan? Janji Allah itu benar....yakin atau tidak pada Dia, segala apa yang diberitahu, segala apa yang dijanji, pasti akan benar-benar berlaku....

semoga kita sempat berubah di jam yang ke-10, sebelum Allah ambil nyawa kita di jam ke-11...bukan mati di jam ke-11 sebelum sempat berubah di jam ke-12...... to change, before it's too late...because death could hit anytime, anywhere, soon...

"Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah." (Luqman:33)

Monday

happy birthday, bang teh!!!

bismillahirrahmanirrahim...salam alaik....

tak de ape yang nak ditulis....melainkan mahu meng'wish my lil bro, happy birthday....all the best untuk SPM tahun ni...buat yang terbaik....moga sentiasa dalam redha Allah....kami sentiasa mendoakan kejayaanmu!!!fighting!!!


p/s: since kamu ade di hostel, kaklong bagi hadiah berupa gambar kek untuk kamu jelah.....hehe...


Friday

selamat panjang umur, abahku tersayang!!!


bismillahirrahmanirrahim....salam alaik....


aduhai, macam mana buleh lupa nak buat entry pasal abah ni??? actually, semalam, 9 june 2011 adalah ulangtahun kelahiran abah yang ke 51.....selamat ulangtahun, abah....kak long saaaaayang abah sangat2...tq for being such a wonderful, loving, caring father....


terima kasih di atas segala kasih sayang, tunjuk ajar, nasihat yang abah berikan....pengorbanan dan jasa bakti abah kepada kami sekeluarga tak ternilai...hanya Allah saja yang mampu membalasnya.....semoga Allah sentiasa memberkati hidup kita sekeluarga.....


abah selalu pesan, kalau nak cari calon suami, carilah seseorang yang mampu membimbing kita menuju syurgaNya....amin, abah....amin......


terlanjur dah abah pesan gitu, suka pulak aku nak share lirik Saat Lafaz Sakinah...mendalam sangat lirik dia....samalah2 kita berusaha untuk jadi wanita syurga....


Saat Lafaz Sakinah


Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

prechorus:

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

chorus:
Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu


Thursday

Showcase Amal Shuhada At-Taqwa



Sebuah showcase nasyid yang terbesar dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Showcase Amal Shuhada At-Taqwa akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 11 Jun 2011
Hari: Sabtu
Jam: 8.30 malam
Tempat: Dataran Kemerdekaan, Shah Alam
Masuk: Percuma
Showcase ini diilhamkan oleh Munsyid Malaysia (Majlis Usrah Nasyid Malaysia) susulan daripada kejadian menyayat hati yang melanda Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa pada 27 Mei 2011 yang lalu.
Seramai 50 artis nasyid tempatan, (dan ramai lagi) akan menyertai showcase ini yang akan menggabungkan hampir kesemua artis nasyid ternama tanah air termasuk Raihan, Hijjaz, Rabbani, Inteam, Nowseeheart, Saujana, UNIC, Nazrey Johani, Hafiz Hamidun, Muadz, Far East dan ramai lagi. Aisyah juga akan turut sama memeriahkan showcase tersebut sebagai artis undangan.
Showcase amal ini menerima tajaan hampir keseluruhan sudut, dan kesemua artis-artis nasyid yang terlibat adalah tanpa bayaran. Tujuannya, untuk mengumpul dana yang akan disalurkan terus kepada Persatuan Anak-Anak Yatim Malaysia (PAYM) untuk diurus dan ditadbir dan pembangunan semula Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa.
Kepada mana-mana badan-badan korporat, syarikat dan dermawan yang berhajat untuk menyumbang, boleh berhubung terus dengan Azadan Rabbani (019-211 0300) atau Isman Hijjaz (03-6140 8280) atau boleh juga menyumbang terus kepada Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa dengan bank-in kepada:
PERSATUAN ANAK-ANAK YATIM MALAYSIA
Maybank: 5641 3730 0901
Semoga usaha ini akan menjadi bekalan untuk kita di hari akhirat kelak. Insyallah.
p/s: aku copy and paste aja....

Tuesday

agenda hujung minggu

bismillahirrahmanirrahim...salam alaik....

kaifa halukum??? ana bikhair alhamdulillah...huwaaaa....weekend yang sangat menyeronokkan yet sangat meletihkan....aduhai....sangat happy balik kampung jumpa sedara mara....tapi letih + bosan bila jalan jammed...huhu...

nak wat cemana kan....terpakse jelah redah...cuti sekolah...tak sah la kan kalau orang ramai tak amek kesempatan pergi jalan2....kenduri kahwen pon rancak sana-sini....jadinya, highway jadi sangat meriah....

yang bestnya balik kampung haritu, my uncle belanja makan...ade satu kedai tomyam dekat Pedas yang masakan dia super lazat....serious tak tipu...memang marvellous...tip top...hehe....ditambah dengan kekecohan cucu2 uwan buat dinner malam itu antara yang kenangan yang terindah, walaupon tak semua ada, tq pakcik...lain kali boleh belanja lagi..... ;p 

p/s: letih semalam tak hilang lagi.....malas gila nak buat kerja....rasa nak tido jer....huhu