Tuesday

attention, please!!!

bismillahirrahmanirrahim....salam alaik.....

i just don't know the right words to use....the right words to describe what i feel right now...oh seriously, crimes nowadays are really sickening!!!

nak tahu cerita full, click sini

this thing happened tak jauh dari rumah aku....actually taman sebelah....memang akan lalu kawasan tu tiap kali aku pergi and balik kerja....sekarang ni, rasa tak secure even hanya keluar depan rumah.....

untuk pengetahuan kalian, bulan ni je, termasuk kes yang jadi semalam, dah 4 kali kes ragut jadi...semuanya pakat main parang je sekarang.....Allah...

takut memang takut....tapi still, life must go on....takkan tak nak keluar rumah...takkan tak nak pergi sekolah...takkan tak nak pergi kerja....takkan nak berkurung, tak buat apa-apa...

yang paling mudah, tapi banyak orang lupa nak buat is berdoa...pray to Allah to protect ourselves, our family, berdoa untuk kebaikan sesama kita...

let's pray, "Rabbi najjini minal qaumaz zholimin" (Al-Qasas: 21).... "Ya Allah, selamatkan aku dari kaum yang zalim.." it's there in Qur'an...doa inilah yang dibaca oleh Nabi Musa, sewaktu pakatan Fira'un mahu membunuh baginda....

not to forget, there is an obligation of ikhtiar...kita ikhtiar bukan hanya sebab Allah suruh, kita ikhtiar tak lain tak bukan untuk kebaikan diri kita sendiri jugak...apa yang terdetik dalam kepala aku sekarang ni nak beli pepper spray...

kalau dapat rembat yang kaler pink ni pon best jugak, kan??


p/s: takut bukan kita yang sembur perompak, tapi perompak yang sembur kita...na'uzubillah....



Sunday

the day our maksu became puan

bismillarahmanirrahim....salam alaik....

once again, hujung minggu yang sangat meletihkan tapi sangat menggumbirakan....it has nothing to do with balik kampung or super riuh cousins, because this time, it's about super kecoh 2nd cousins....haha...

umi's cousin, whom we called maksu, selamat dinikahkan dengan paksu semalam…since rumah family maksu hanyalah dilorong belakang rumah aku, kitorang start berkampung dekat rumah wan induk(my late wan’s younger sister…this wan is refer to mak umi…wan yang dekat kampong is mak abah) since hari kames...
kames malam tu kitorang busy siapkan goodies, bunga telur semua…memang meriah sangat time tu, especially bila family pak tam yang tinggal dekat Ireland balik and meriahkan suasana….
tergeliat lidah aku nak bercakap dengan budak2 tu…slang British tak tahan….jenuh nak paham ape yang budak2 ni cakap sebab slang dorang sangat pekat….dah lah muka macam mat saleh dah….yang paling nak tergelak ade sorang anak sedara aku ni cakap kat mak dia, ‘mak, kat depan tu ada anak mat saleh’ mak dia jawab la ‘bukanlah, anak orang Malaysia tu’. Anak dia tak puas hati lagi cakap ‘tapi mak, dorang cakap macam orang putih’. Mak dia malas nak layan cakap la ‘orang melayu, orang melayu.’
Memang tak kering gusi lah dok melayan budak2 nih…ade je benda yang dorang buat yang buat perut orang terburai sebab gelak tak berenti….muhammad imtiaz and luqman nafis, kaklong already miss both of you…
Part yang paling nak pecah perut time sesi bukak hadiah…bila paksu and maksu baca kad ucapan yang ade dekat kad, buleh pulak dorang tanya, who’s suzana? Haha…maksu kome tu ler suzana…haha… pastu ade ayat ‘semoga bahagia ke cucu cicit’ dorang cakap pulak, ‘it’s from cucu cicit’ ayat melayu, depa dah tak berapa nak paham….dapat tangkap yang simple2 jer…aduhai, yang tukang tulis pon…anak pon tak dak lagik mana nak datang cucu cicit???
Sebelum satu2 hadiah tu kena bukak, sebok jer dorang nak teka apa ade dalam kotak tu….ade ke patut teka ‘I think it’s a bird cage, because it is so big.’ Luqman, luqman…mana ade hadiah kawen orang bagi sangkar burung….birthday present lain cerita, la….terburai perut kaklong luqman oiiiiii…sabo je la budak nih…
Korang layan je lah pikca yang tak seberapa nih….gamba banyak dekat photographer….yang dekat kamera aku gamba banyak yang blur…maklum, pakai camera cikai ja….papepon, once again, congrats maksu…tinggal di perantauan ingat2 kami di sini…haha…perantauan la sangat setakat kuantan….gonna miss ur delicious cooking…ahahaha…

imtiaz and luqman, 2 handsome boys, imported from ireland

muka penat tak larat nak bergamba!!!

seragam...jelez aku baju depa cantik sangat...yang tudung kuning tu tukang pakai/lukis inai...kreatip tak hengat!!!

everybody, smile!!!!!
woooo, tangan luqman ade inai dragon!!!
  
selamat pengantin baru, maksu!!!moga bahagia sampai syurga!!!

Tuesday

A man who decides to change on the 12th hour.... dies on the 11th

bismillahirrahmanirrahim...salam alaik...

rasanya macam da berkurun tak mengupdate...padahal last aku tulis entry baru je minggu lepas...tapi aku rasa blog ni macam dah berdebu sangat...hehe...

pekabo sume? sihat ke? aku tak berapa nak sihat...kerja punya pasal....untung2 aku dapat selesema....alhamdulillah....sakit kan nikmat...tak ke???

opss, tu bukan motip aku update blog.....actually, nak share a quote from cerita pendek 11th hour. kalau nak tengok cerita ni boleh klik sini.



"A man that decides to change on the 12th hour dies on the 11th."
cerita ni lama dah ada...tapi aku tak pernah tahu pun kewujudan dia. cerita ni ada disebut dalam novel hlovate, contengan jalanan....tapi bukan contengan jalanan blog aku...cari sampai lubang cacing pon, sure takkan jumpa punya.....lalala....blog aku tak dak lubang....... ;p

sebut pasal 11th hour ni, it's about hidup kat dunia ni sementara ja....at any time, Allah boleh ambil nyawa kita...apa aja yang kita miliki, semua tu tak de apa2 makna jika kita jauh dari Allah..

apakah yang akan disesalkan, jika Allah ambil nyawa kita sekarang? ada hajat yang belum kesampaian? belum ada duwet banyak??? belum ada rumah besar??? belum ada kereta mewah??? think again...betulka kalau takdak benda2 tu semua, kalau mati sekarang dikira hajat tak sampai???

 bila tiba saat kita untuk bertemuNya, benarkah tiada apa yang disesalkan? sudah benar-benar bersediakah kita untuk menghadapi saat kematian? selama hidup di dunia, sudah laksanakan semua yang Allah perintahkan?? sudah tinggalkan semua yang dilarang?? 

bila mahu sedar yang dunia ini hanya kesempatan dan persinggahan untuk menyediakan bekalan ke alam sana? bila mahu sedar segala apa yang dikerjakan akan dihisab di neraca almizan? Janji Allah itu benar....yakin atau tidak pada Dia, segala apa yang diberitahu, segala apa yang dijanji, pasti akan benar-benar berlaku....

semoga kita sempat berubah di jam yang ke-10, sebelum Allah ambil nyawa kita di jam ke-11...bukan mati di jam ke-11 sebelum sempat berubah di jam ke-12...... to change, before it's too late...because death could hit anytime, anywhere, soon...

"Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah." (Luqman:33)

Monday

happy birthday, bang teh!!!

bismillahirrahmanirrahim...salam alaik....

tak de ape yang nak ditulis....melainkan mahu meng'wish my lil bro, happy birthday....all the best untuk SPM tahun ni...buat yang terbaik....moga sentiasa dalam redha Allah....kami sentiasa mendoakan kejayaanmu!!!fighting!!!


p/s: since kamu ade di hostel, kaklong bagi hadiah berupa gambar kek untuk kamu jelah.....hehe...


Friday

selamat panjang umur, abahku tersayang!!!


bismillahirrahmanirrahim....salam alaik....


aduhai, macam mana buleh lupa nak buat entry pasal abah ni??? actually, semalam, 9 june 2011 adalah ulangtahun kelahiran abah yang ke 51.....selamat ulangtahun, abah....kak long saaaaayang abah sangat2...tq for being such a wonderful, loving, caring father....


terima kasih di atas segala kasih sayang, tunjuk ajar, nasihat yang abah berikan....pengorbanan dan jasa bakti abah kepada kami sekeluarga tak ternilai...hanya Allah saja yang mampu membalasnya.....semoga Allah sentiasa memberkati hidup kita sekeluarga.....


abah selalu pesan, kalau nak cari calon suami, carilah seseorang yang mampu membimbing kita menuju syurgaNya....amin, abah....amin......


terlanjur dah abah pesan gitu, suka pulak aku nak share lirik Saat Lafaz Sakinah...mendalam sangat lirik dia....samalah2 kita berusaha untuk jadi wanita syurga....


Saat Lafaz Sakinah


Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

prechorus:

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

chorus:
Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu


Thursday

Showcase Amal Shuhada At-Taqwa



Sebuah showcase nasyid yang terbesar dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Showcase Amal Shuhada At-Taqwa akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 11 Jun 2011
Hari: Sabtu
Jam: 8.30 malam
Tempat: Dataran Kemerdekaan, Shah Alam
Masuk: Percuma
Showcase ini diilhamkan oleh Munsyid Malaysia (Majlis Usrah Nasyid Malaysia) susulan daripada kejadian menyayat hati yang melanda Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa pada 27 Mei 2011 yang lalu.
Seramai 50 artis nasyid tempatan, (dan ramai lagi) akan menyertai showcase ini yang akan menggabungkan hampir kesemua artis nasyid ternama tanah air termasuk Raihan, Hijjaz, Rabbani, Inteam, Nowseeheart, Saujana, UNIC, Nazrey Johani, Hafiz Hamidun, Muadz, Far East dan ramai lagi. Aisyah juga akan turut sama memeriahkan showcase tersebut sebagai artis undangan.
Showcase amal ini menerima tajaan hampir keseluruhan sudut, dan kesemua artis-artis nasyid yang terlibat adalah tanpa bayaran. Tujuannya, untuk mengumpul dana yang akan disalurkan terus kepada Persatuan Anak-Anak Yatim Malaysia (PAYM) untuk diurus dan ditadbir dan pembangunan semula Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa.
Kepada mana-mana badan-badan korporat, syarikat dan dermawan yang berhajat untuk menyumbang, boleh berhubung terus dengan Azadan Rabbani (019-211 0300) atau Isman Hijjaz (03-6140 8280) atau boleh juga menyumbang terus kepada Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa dengan bank-in kepada:
PERSATUAN ANAK-ANAK YATIM MALAYSIA
Maybank: 5641 3730 0901
Semoga usaha ini akan menjadi bekalan untuk kita di hari akhirat kelak. Insyallah.
p/s: aku copy and paste aja....

Tuesday

agenda hujung minggu

bismillahirrahmanirrahim...salam alaik....

kaifa halukum??? ana bikhair alhamdulillah...huwaaaa....weekend yang sangat menyeronokkan yet sangat meletihkan....aduhai....sangat happy balik kampung jumpa sedara mara....tapi letih + bosan bila jalan jammed...huhu...

nak wat cemana kan....terpakse jelah redah...cuti sekolah...tak sah la kan kalau orang ramai tak amek kesempatan pergi jalan2....kenduri kahwen pon rancak sana-sini....jadinya, highway jadi sangat meriah....

yang bestnya balik kampung haritu, my uncle belanja makan...ade satu kedai tomyam dekat Pedas yang masakan dia super lazat....serious tak tipu...memang marvellous...tip top...hehe....ditambah dengan kekecohan cucu2 uwan buat dinner malam itu antara yang kenangan yang terindah, walaupon tak semua ada, tq pakcik...lain kali boleh belanja lagi..... ;p 

p/s: letih semalam tak hilang lagi.....malas gila nak buat kerja....rasa nak tido jer....huhu


Friday

it's already been a year... :)

bismillahirrahmanirrahim...salam alaik....

yay...harini jumaat...esok balik kampung....waaaa....saya sudah tidak sabar mahu pulang ke kampung halaman.....wendunyer dekat masakan uwan....hehe...

actually harini genap setahun aku bergelar wanita anggun yang berkerjaya....alhamdulillah.....happy 1st anniversary to me....wawawa...tak sangka aku berjaya jugak menjalani hidup as one very busy woman...

ekeke...takdelah busy giller....cumanya, aku bangga dengan diri aku....siapa sangka, kan...aku yang tak suka kerja yang memeningkan kepala berjaya jugak tahan dengan kerja yang meloyakan ni....huhu....

still, walau dah setahun aku kerja, aku rase pengalaman aku tak cukup lagi....masih baaaaanyak lagi yang aku kene belajar....baaaanyak lagi yang aku kena explore and experience.....masih banyak yang aku kena improve.....masih tak berapa yakin dengan aku punya ijtihad bila nak buat decision berkaitan dengan untung rugi orang lain...masih perlukan tongkat...masih tak berapa pandai nak jalan sendiri....masih banyak yang aku nak kena tanye.....dalam erti kata lain, aku masih bertatih....masih jalan jatuh....

indeed, dalam field ni, aku masih samar2...whether aku akan kekal dalam field ni or jump to another field....masih ingat lagi cerita aku mahu jadi cikgu??? result dia sampai harini pon masih kelam...aku rasa memang aku takde peluang dah untuk jadi cikgu MARA...bukan berputus harap, cuma kita kena face the reality...walau aku masih tak mahu berhenti berdoa dan berharap....maybe buleh apply cikgu dekat tempat laen pulak....kalau nak diikutkan, pernah je kena panggil amek ujian untuk jadi cikgu J-Qaf, tapi aku rasa berat hati nak gi sebab waktu tu aku tunggu result MARA...lagipon, aku rasa aku tak layak nak ajar J-Qaf dalam keadaan aku banyak cacat cela...huhu....

untuk yang bukan sama bidang dengan aku (accounting), walau kami berhempas pulas belajar sampai pecah kepala, muntah loya segala bagai, dapat dean's list, rector's list, dapat royal education award ke, president award ke, even result setakat 2.0 flat ke, bila kami habis belajar, kami still takkan digelar accountant, auditor or yang sewaktu dengannya selagi kami tak de professional certificate...selagi kami tak amek ACCA or CPA or MICPA or yang sewaktu dengannya, kami hanyalah PEMBANTU akaun or PEMBANTU audit...jadi, gaji kami sangat jauh beza dengan those yang ada that kind of qualifications.....jadinya, untuk jadik kayo like them, wajiblah aku belajar lagi, amek exam segala bagai, lulus, baru lah boleh nak dapat gaji yang sedap sikit....

tapikan, walau gaji aku takdelah besar mana, and walau aku boleh je nak cari kerja yang offer gaji lagi banyak, tapi aku cam malas....hoho...nak kerja kat big firm, of course lah tak dapat kalo aku carik kat gombak....haruslah aku kena kerja dekat bandar...and bandar yang terdekat adelah Kuala Lumpur...tempat yang sangat well-known dengan dia punya jam....so, disebabkan aku tak nak amek risiko sakit kepala, stress sebab jalan jam, terpaksa lah wat masa ni aku kerja saja di sini....hehe....

papeon, setahun ini ajar aku banyak benda...walau aku selalu jiwa kacau, aku happy dengan achievement aku sepanjang setahun ini....and of course, banyak benda yang aku kena improve kalau aku nak lebih berjaya.....huhu...syabas kak long...im so proud of you....

p/s: harini sudah 1 rejab.....Ya Allah, berkati kami dalam bulan Rejab dan Sya'ban....panjangkanlah usia kami kepada Ramadhan yang sangat2 dirindui....ameen

Thursday

ahlan wasahlan....selamat datang...welcome....

bismillahirrahmanirrahim...salam alaik....



mulai esok hingga ahad depan, berlangsungnya Muktamar Tahunan PAS ke-57... bukanlah niat aku nak promote ke hape, since rumah aku sangat dekat dengan tempat muktamar, jadinya secara tak langsung, seolahnya aku pon terkesan sama....suasana sudah mulai agak meriah......para perwakilan pon sudah mulai ramai..kawasan sudah mulai sesak....rasanya nak masuk ke kawasan perumahan pon dah sesak dengan kenderaan....tak nak cakap banyak....just nak cakap, ahlan wasahlan wamarhaban bikum para tetamu, perwakilan, dan pemerhati.......hopefully takde perkara2 buruk yang jadi......selamat bermuktamar!!!!


it's june, already!!!

bismillahirrahmanirrahim.....salam alaik....

wow....sudah bulan 6....sangat pantas masa meninggalkan kita....aiyok...banyak lagi benda yang tak buat nih.....mari, mari  bergerak sepantas kilat...

by the way, mahu pulang ke kampung halaman hujung minggu ini.....yayyyyy....aku happy bangat...tapi kali ini naek kereta...so, tak perlulah aku bersesak-sesak macam ikan sardin di dalam komuter itu.....wawawa, tak sabar mahu jumpa itu budak kiut yang butak itu.....aliya, tunggu kak long, yer....make sure kamu tidak nanges bila kaklong  gomolll...hehehe....

p/s: terpaksalah aku tidak menghadirkan diri ke kenduri kahwen minggu neh....tiadalah aku sengaja mahu tidak hadir...soooo sorry...harap2 semuanya baik2 belaka....selamat pengantin baru in advance untuk ex-rumateku yang bakal nikah esok...miss u sooo much kahudz....juga untuk sahabat yang da berbulan-bulan kahwen baru nak buat kenduri....aiyok, dengar cerita pihak astro oasis datang wat liputan....huwaaaa, baru berangan nak masuk tv......