bismillahirrahmanirrahim....salam alaik....
sebenarnya aku ada benda penting nak share....lebih-lebih lagi untuk kaum sejenis aku....kalau tak sejenis pon tak apa....sebab benda ni sangat-sangat penting....berkait antara hidup dan mati...
siapa sini antara wanita-wanita anggun yang selalu senggugut tiap kali datang haid???pasti ada di antara kita yang akan kata, biasalah period....kalau tak senggugut tak sah....ada juga wanita yang tak pernah merasa senggugut seumur hidupnya....oh sangat beruntung anda tak pernah kena senggugut!!! saya sangat jelez, ok!
persoalannya sekarang, adakah setiap kali anda senggugut anda akan telan pain killer, atau panadol untuk melegakan senggugut yang berwarna pink itu??? adakah anda tidak dapat hidup kalau anda tidak telan pil itu?? adakah period pain anda sangat-sangat sakit sampai pil pink itu teman setia anda setiap kali anda senggugut??? kalau memang anda tidak dapat hidup tanpa pil pink itu, lebih baik anda berjumpa doktor dengan segera, kerana dikhuatiri anda menghidap kanser ovari!!!
aku bukan nak takut-takutkan...bukan juga aku mereka-reka cerita kerana apa yang aku ingin beritahu ini sudah ada yang menjadi mangsanya....
alkisahnya, sahabat kepada sepupu aku ini mengalami senggugut yang teruk setiap kali datang haid....dan setiap kali itulah dia akan telan pil pink itu...dalam sehari, boleh telan berbiji-biji hanya untuk hilangkan senggugut....
nak dijadikan cerita, suatu hari, budak ini mengalami senggugut yang sangat teruk....dan tak sempat nak telan pil pink itu....senggugut yang melampau sampai terpaksa merangkak untuk keluar dari bilik air....sampai satu tahap, nak merangkak pon dah tak boleh...terpaksa jerit mintak tolong....orang lain terpaksa dukung dia sebab keadaan dia memang sangat teruk masa tu....
to cut it short, bawak pergi klinik pon doktor tu suruh refer hospital sebab doktor tu pon takut tak dapat nak buat apa-apa disebabkan peralatan yang tak secanggih hospital....sampai hospital, kena buat test segala bagai, doktor diagnose budak ni ada ketumbuhan yang SANGAT BANYAK di sekitar ovari....sampai doktor tu pon hairan macam mana budak ni boleh tahan sakit yang teramat tiap kali datang haid....sebab kalau nak diikutkan, kesakitan tu memang tak tertanggung kalau tanpa pain killer....jadinya, selama ini, sahabat sepupuku itu rupanya bergantung hidup pada pil pink itu tiap kali period.....
now, budak tu dah jalani pembedahan untuk buang ketumbuhan tu....and untuk pengetahuan korang semua, ketumbuhan yang doktor buang tu lebih kurang 2 botol....aku tak tahu size botol tu tapi aku tahu itu sangat banyak......and yang menyedihkan, possibility budak tu nak pregnant sangat tipis....sebab ketumbuhan tu ada dekat dua-dua belah ovari.....and budak tu hanya berumur 23 tahun...
so, untuk anda-anda semua yang mengalami period pain yang unbearable, yang bergantung sepenuhnya pada pil pink or pain killer, berhati-hatilah....sebab pil itu bukan menyembuhkan, tetapi ia sekadar menahan kita dari rasa sakit.....sebab dikhuatiri, ada sakit lain disebalik sakit yang kita anggap biasa tu......
No comments:
Post a Comment