Thursday

updates versi kucar barai... ;p

bismillahirrahmanirrahim...salam alaik....

kaifa halukum???? ana bikhair, alhamdulillah...... 

oho, since lama tak update banyak benda yang aku nak cerita...tapi memandangkan aku sedang mengalami sindrom jiwa kacau, agak terbantut idea di kepala....huwaaaaa....aku stress kerja!!!!

just to inform, majlis amanah rakyat aka MARA ada buat iklan untuk rekrut pensyarah/guru MARA ambilan 2012....sesiapa yang berminat mahu menjadi pendidik, bulehlah mengisi borang permohonan sesegera yang mungkin....sebab tarikh tutup 7/10/2011.

selain tu, kementerian pendidikan Malaysia aka KPM juga sudah keluarkan iklan untuk kursus perguruan lepasan ijazah sekolah rendah j-qaf  aka KPLI-SR (j-qaf).....and sesiapa yang berminat, sila beli no PIN di bank simpanan nasional aka BSN sesegera yang mungkin juga sebab tarikh tutup permohonan 9/10/2011. last beli pin 7/10.

selain dari itu, silalah ke jobsmalaysia/jobstreet untuk mendapat maklumat kerja kosong....hoho...

***

 baca paper tadi, ada segmen tanya pendapat artis tentang perlaksanaan hukum hudud di malaysia....sangat-sangat sedih baca pendapat mereka...pendapat yang sangat-sangat menunjukkan ketidak-tahuan yang jelas tentang hukum Tuhan....nak salahkan siapa???

for God sake, artis bukanlah orang yang sesuai untuk tanya pendapat tentang agama......bimbang kalau jawapan yang mereka bagi bakal merosakkan aqidah mereka sendiri dan umat islam...hudud hanya sesuai dekat negara arab tapi tak sesuai laksana di malaysia?? hudud tak sesuai untuk non-Muslims??? Allahuakbar.... apa benda ni?? kalau tak tahu, tak jelas, nyatakan saja....paling koman pun, selidik tahu, jangan main cakap sembereno.....

Allah yang cipta kita, hukum Tuhan itu sesuai dilaksanakan di mana-manapun, di zaman apapun.......Dia Maha Tahu apa yang terbaik untuk hambaNya....mana mungkin undang-undang yang direka oleh yang dicipta mampu menandingi undang undang dari yang Maha Pencipta???

kalau dikata negara kita belum sesuai, tidak mampu untuk laksanakan semuanya sekaligus, cukup kalau setiap sepuluh tahun satu......selepas sepuluh tahun, laksanakan lagi satu hukum, sampai akhirnya kesemua hukum Allah itu tertegak.....

adakah kita tidak mahu negara kita diberkati Allah?? adakah kita tidak mahu negara kita dipimpin ketua yang adil lagi dicintai Allah??? adakah kita tidak mahu negara kita aman damai bebas dari segala masalah jenayah yang semakin hari sudah tidak terbendung?? 

menuntut ilmu itu wajib....bukan setakat ilmu sains, math segala....belajar pendidikan islam bukan hanya untuk ustaz ustazah....bukan pilihan terakhir bila tak layak masuk universiti.....kita wajib belajar sebab Islam itu the way of life....bagaimana nak hidup cara Islam kalau tak tahu tentang Islam?? janggal bila laksana sunnah??? rasa kolot nak tiru cara Rasul????

please, please, please....... kalau bukan umat Islam sendiri yang nak tegakkan agama Allah, kalau bukan umat Islam sendiri yang nak laksanakan Sunnah Rasul, siapa lagi yang boleh diharapkan??? mari, mari....mari ambil tahu tentang cara hidup yang diredhai Allah....

"Ya Allah, selamatkan kami umat di akhir zaman....dengan iman yang terpelihara..."

p/s: im sorry for the kucar kacir.....jiwa kacau belum hilang lagik.....





No comments: