Monday

journey to the south: day 1 - mimpi jadi realiti

bismillahirrahmanirrahim....salam alaik.....

hari yang dinanti tiba juga....kembara yang diangan dari awal tahun, bakal menjadi kenyataan......perasaan aku bercampur-baur....maklumlah, kali pertama ke tempat orang, pelbagai persoalan timbul....dalam hati tak putus-putus berdoa agar Allah mudahkan urusan kami sepanjang pengembaraan kami ke sana.....

perasaan cuak yang paling tak terbendung......banyak kali aku check, passport ada tak, duit bawak tak, tiket keretapi balik sini bawak tak....ade pape yang tinggal tak...selamat tak naik kapal terbang...cuaca kat sana ok tak???? hoho..... 

kami pi singapore hari khamis, bersamaan 27/10/2011.tiket flight kami pukul 7.50 malam dan kami kena check in pukul 7.15.....aku dah siap niat nak musafir.....

kami bertolak dari rumah pukul 4 lebih....maklum, takut jalan jam sebab orang balik kerja....sepanjang perjalanan nak ke LCCT tu, hujan kejap turun kejap tak...makin nak sampai, makin lebat hujan...abah and umi just drop kami dekat pintu masuk LCCT....lepas tu memang kami terpaksa urus sendiri....

keadaan di LCCT tidaklah seperti KLIA yang cantik itu....sangat sempoi dan tak besar mana.....kami print kami punya boarding pass...makan sandwich yang aku sediakan sebelum bertolak....meng'qada' hajat apa yang patut....dan sadly, kitorang terpaksa habiskan air mineral yang aku cadang nak bawak waktu pergi USS....sayang sangat nak buang air tu.....tapi nak buat macam mana, nak buang botol yang masih berisi air lagilah sayang...

lepas pukul 7.15, kami pon pi lah dekat pintu untuk perlepasan antarabangsa....lalu dekat kawasan imigresen....waktu pegawai imigresen tu check kami punya passport, aku terdengar pegawai imigresen kaunter sebelah cakap dekat orang sebelah aku yang dia kene renew passport dia 6 bulan sebelum passport expired.....blablala.....cemana kesudahan aku tak tau....

lepastu kene lalu dekat tempat scan....beg adik aku bunyik sebab beg dia exceed cecair...rupa-rupanya, air untuk contact lenses dia dengan toner muka dah lebih limit untuk minimum liquid.....lepas dipujuk-pujuk, dirayu-rayu,maka puan tu kasi kami lepas....sebabnya, kami balik malaysia nanti tak naik flight....hoho...this is applicable untuk bag yang diletak di cabin...kalo korang bawak luggage letak dekat 'bonet', tak de masalah....

sampai kami dekat gate T8, aku tengok panjannya barisan....semua pakat nak gi singapore, ka??? disebabkan hujan lebat, flight kami delay 15-20 minutes.....bila gate bukak ja, perasaan gemuruh kembali mengambil tempat...macam tak caya je, aku nak naik kapal terbang...bila dah naik kapal terbang pun, masih rasa macam mimpi....sebabnya, tempat duduk macam dalam bus...agak sempit dan padat......

cuma bila sikit-sikit kapal terbang bergerak dan berlepas, baru lah aku caya yang sekarang ini, aku naik kapal terbang....teruja lah juga bila kulihat pemandangan darat semakin kecil...disebabkan waktu malam, lampu-lampu yang bersinar-sinar semakin hilang dari pandangan....yang ada hanya gelap malam.....

waktu tengah 'terbang', pramugari yang cantik manis tu bagi kami sekeping kertas yang kami kene isi.kertas ni ada 2 bahagian...dua-dua bahagian ni, pegawai imigresen singapore akan cop. bahagian yang lebih besar pegawai tu akan ambil, bahagian yang lebih kecil, kami kena simpan dan submit before kami leave singapore....perlu diingatkan, kertas kecil tu kena simpan sekali dengan passport dan jangan buang.....sebab aku hampir-hampir nak buang....huhu....pasalnya tak baca arahan dekat kertas tuh....yang paling dahsatnya, kene isi - where to stay in singapore??? - huhu... i dont know- nak tulis geylang orang tu percaya ka???

Alhamdulillah, kami selamat sampai dekat changi aiport dalam pukul 9.30(lebih kurang la...aku tak sure sangat) cantik sungguh itu airport....kami keluar je terus link dengan dalam airport....situasi tu aku pernah tengok dalam cerita jepun...tapi aku tak ingat cerita apa....

sampai-sampai je, kami terus on handphone....tak dak line langsung....huhu....try wi-fi pon tak buleh....alamak....cemana nak inform kakak sepupu yang kami dah selamat sampai??? keluar je dari tempat arrival, kami pi tanya kot ada cyber cafe kami nak online......mujurlah kat situ kami buleh mintak password wi-fi dari information counter, and hanphone adik aku agak canggih......

percaya tak???? kami berhubung hanya melalui facebook!!!! alhamdulillah, tak lama lepas kami message dkt fb yang kami tunggu berdekatan burger king, muncullah 2 wajah yang sangat-sangat kami kenali!!! abang long and abam(abang long's only son)..... alhamdulillah ya Allah...kalau tak memang plan tido kat airport je malam tu....haha.....

rupa-rupanya, dari airport ke rumah abang long tidaklah jauh mana.....hanya 15 minit perjalanan dengan menaiki kereta, sampailah kami ke tempat teduhan kami sepanjang pengembaraan kami di sana.....

Casa Merah @ Tanah Merah......tak sangka, tak dapat jejak tanah merah Kelantan, kami jejak tanah merah Singapore!!!!kekeke.....

actually, waktu dalam kereta, abang long tanya, "dah makan ke belum???" kami dengan malu-malu kambing nye  cakap lah...."makan dah" huhu...padahal perut lapar..... "kita tengok apa yang ada kat rumah dulu ye, kalau macam tak best kita pergi makan" 

sampai-sampai rumah abang long, letak beg, terus kak ina, a.k.a isteri abang long ajak keluar makan......kak ina ajak iqa aka anak abang long yang sulung ikut sekali....girls' night out....sebabnya, kami yang perempuan je yang keluar.....kedai makan tu sangatlah tak jauh dari rumah abang long....dekat dengan Bedok Market.....

jangan terperanjat ye, walaupun sudah malam, walaupun tempatnya macam dekat kedai tomyam banyak-banyak, walaupun sekejap....kereta, parking kena bayar!!! 

huhu....first time tengok menu, mak oi!!!mahalnya!!! walaupun harga yang tercatit dekat menu mee bandung $5.00, penang char keow teow $5.00, air milo $2.00, air bandung $2.00.....haha...ini disebabkan kepala ni automatik dok kali harga yang tercatat dengan 2.5.....kekeke......

$1.00 = RM 2.50.....jadinya, air milo ais yang aku minum itu berharga RM 5.00 dan mee bandung yang aku makan itu berharga RM 12.50....jumlah harga dinner aku adalah RM 17.50.....hoho.... bila aku dapat je apa yang aku pesan, wow....banyaknya mee bandung dia....wow, besarnya gelas air dia!!!! kalau ku tahu, ku kongsi aja......disebabkan kak ina yang belanja makan, sedaya upaya aku cuba nak habiskan mee bandung tu.....malangnya, walau sekuat mana usaha aku, aku hanya mampu habiskan air milo je......hoho...time-time lapar gini, terbayang mee bandung yang sedap yang aku tak habiskan tu!!!! :(

kami sampai umah dah dekat pukul 12..... yang syioknya rumah abang long air paip ada panas sejuk........macam kat hotel nun.....bukan setakat shower, air sinki kat bilik air, air sinki dapur pun ada panas sejuk.....memang superb lah rumah dia!!!! dah la toilet pon cantik gila!!! siap ada pintu kaca lagi...hehe....mandi-mandi, solat jama' maghrib isyak, mata pon dah tak boleh dibukak.....teruja ke hapa ke, tu tolak tepi dulu....nak kena regain energy.....sebab hari yang mencabar bakal menampakkan diri......

next : universal studio singapore, here we come!!!!






No comments: