Monday

Versus

Bismillahirrahmanirrahim…..salam alaik…

Lama rasanya tak menulis…bukan taknak menulis…tapi sejak akhir-akhir ni, aku seolahnya sudah tidak tahu bagaimana mahu menulis… seolah sudah tidak mampu mengarang lagi…tak tahu nak mula dari mana….tak tahu nak cerita pasal apa…tak tahu pebenda yang perlu dikupas…..seolahnya, otak sudak tepu, bercampur-aduk, sampai tak berapa nak stable lagi…adoi, perlu ke kamu begini selalu, wahai auliya’ sayang???? Ceh…ceh…ceh…perlu ke nak bersayang-sayang bila berbicara dengan diri sendiri????? 

Jawapannya, perlulah…kalau bukan diri kita yang sayang dan ambil berat pada diri sendiri, siapa lagi???? Memang akan ada orang yang sayang kita, ambil berat pasal kita….tapi kalau diri sendiri tak sayang diri sendiri, tak ambil berat, tak berusaha untuk jadi yang lebih baik, biarlah sejuta orang sayang pon, tak beri mana pun….ok, mungkin beri makna….mungkin ada yang berubah jadi lebih baik, sebab orang keliling sentiasa nasihat jadi baik….tapi aku rasa, pasti akan ada cetusan dalam diri yang suruh berubah jadi baik, kan??? Perasaan yang membuak-buak yang mengatakan apa yang kita lakukan sekarang masih belum cukup untuk buat Allah sayang dan cinta pada kita…

Syurga Allah itu sangat mahal harganya….mahal sangat…..sangat-sangat bernilai…semua orang nak….tapi tak semua dapat..tak semua mampu mendapatkan syurga….sebab  jalan untuk sampai ke sana sangat sukar….perlu meredah onak dan duri…di tepinya ada tempat rehat yang menipu….yelah, penat, kan….mestilah nak berehat…tapi bila berehat, terjumpa air yang sangat nikmat kononnya, yang mebuatkan kita terleka dan terlupa akan perjalanan yang penuh cabaran tu….buat kita khayal dan terdetik dalam diri, buat apalah penat-penat menempuh jalan berliku…kan seronok kalau terus berehat…menikmati keasyikan yang disajikan di perhentian…..namun, setelah dikecewakan, kita kembali teringat akan perjalanan yang sukar itu…perjalanan yang penuh liku, tapi perjalanan itu menjanjikan bahagia yang tak dapat diungkap dengan kata-kata di hujungnya…hati penuh tekad mahu terus berada di jalan berliku itu…mahu menghampiri titik hujung perjalanan hingga ke hembusan nafas yang terakhir…….

Namun, hati diuji lagi…..hati disapa dengan pelbagai nikmat di tempat berehat yang menipu…disaji lagi dengan pelbagai keseronokan…..lama-kelamaan, hati mula sedar…..oh, aku ditipu lagi……sekali lagi diri berazam…..ya Tuhan, aku mahu terus berada di jalanMu….jalanMu yang menguji itu……lalu, tak berapa lama, terjumpa lagi another tempat rehat yang menipu….apakah kesudahannya???  bakal ditipu lagi atau mahu teruskan perjalanan???

Versus…. Melawan diri sendiri….nak meninggalkan apa yang diri kata best, syok tu sangat payah….meninggalkan keseronokan duniawi itu terasa sangat perit….rasanya macam menyucuk duri pada diri sendiri….Aku sedang mengalaminya lagi….mengalami saat-saat berperang dengan diri sendiri untuk entah yang keberapa kali…antara mahunya Allah dan mahunya nafsu…mana satu yang jadi pemenangnya??? Hati tertanya-tanya…kenapa sukar benar??? Kenapa lemah benar???? Kenapa bodoh benar???? Kenapa jahat benar??? Kenapa teruk benar???? Dimulut pastinya mahu menangkan mahunya Allah…tetapi hakikat yang sebenarnya, kenapa nafsu yang merajai hati????

Sukarnya mahu jadi baik…..Sukarnya mengekalkan kebaikkan….lagi sukar mahu menambah  lagi kebaikkan yang sedia ada……. Ya Allah, hanya padaMu hamba meminta….hanya padaMu hamba mengadu….hanya padaMu hamba memohon pertolongan….kasihanilah hamba, Ya Allah…..sayangi dan cintai hamba…jangan biar hamba leka, jangan biar hamba lalai…jangan  biar hamba sendiri…bantulah hamba……perkenan doa hamba, Ya Allah….

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui" (An-Nur:21)

Mudahnya jadi baik!!!! Mudahnya mengekalkan kebaikkan!!!! Lagi mudah menambah baik kebaikkan yang sedia ada!!!!  Mari gigih dan tabah berusaha, kamu pasti akan berjaya auliya’!!!!!

No comments: