Friday

tarbiah Ramadhan

bismillahirrahmanirrahim...salam alaik....

jumaah mubarakah, everyone.....hari ni da 5 Ramadhan...how' life? 

apa khabar puasa kita? apa khabar amalan kita? semangat Ramadhan kita? makin bertambah dan bertambah dan bertambah??? hendaknya semangat Ramadhan kita terus kukuh dan semakin marak lagi... dalam menjalani tarbiah Ramadhan, sudah pasti hari-hari yang dilalui sedikt berbeza dengan hari-hari biasa....ujian, cabaran, dugaan pastinya lebih hebat... yang pasti, kesabaranlah yang diperlukan dalam mendepani halangan tersebut.... bersabar dan tingkatkan kesabaran....Insya Allah, Allah bersama dengan orang-orang yang sabar...

rabu malam haritu, ada tazkirah sebelum solat terawikh...beza antara "living" and "alive"... kalau kita hidup di dunia ni bangun pagi, pergi kerja, balik kerja, makan, tidur, lepas tu esok bangun, ulang rutin yang sama, kahwin, dapat anak...samalah kita macam haiwan ternak. kita hanya "living". 

tapi kalau kita bangun pagi kerana Allah, makan kerana Allah, kerja kerana Allah, kahwin kerana Allah, tidur kerana Allah, kita "alive"

manusia yang "alive", hidupnya punya aim. punya target. hidup untuk akhirat. bukan untuk dunia semata-mata...hidup di dunia. membuat bekal sebanyak-banyaknya....sebagai bekalan di alam sana...alam yang sangat asing yang tidak terjangkau dek akal dan fikiran kita....

andai semua perkara yang kita lakukan semuanya kerana Allah, itulah ibadah...itulah yang dituntut kepada makhluk yang bernama jin dan manusia....tapi sekarang, kita specifickan pada manusia...sebab aku manusia...dan anda yang membaca ni pun manusia, kan...

sabda Nabi saw yang more or less begini maksudnya, "semua umatku akan masuk syurga, kecuali sesiapa yang enggan masuk." para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, siapakah umatmu yang gila yang tidak mahu memasuki syurga?" Rasulullah menjawab, yang masuk Syurga adalah umatku yang melaksanakan suruhanku, yang tidak masuk syurga adalah yang enggan melaksanakan suruhanku"

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan." (At-Tahrim:6)
mari berdoa,
 "Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan" (Ibrahim:41)
memang aku ingat nak berpuasa dari menulis di blog. tapi ayat ini buat aku pikir 2 kali: 
"Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut ugama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu". Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): "Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?"  (Ibrahim:44)
berpesan-pesan sesama manusia.....sebenarnya akan mengingatkan diri yang alpa juga... semoga kita sentiasa berada di atas laluanNya....
"Ingatlah! Sesungguhnya segala yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah. Awaslah! Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Yunus:55)
perbanyakkanlah membaca Al-Qura'an dan terjemahannya sekali. aku menangis bila kali pertama membaca terjemahan surah As-Saf ayat 10-13:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? 

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). 

(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar. 

Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman. 









No comments: