Friday

hikmah di sebalik musibah

bismillahirrahmanirrahim....salam alaik....

semalam aku menerima 2 berita....gembira dan sedih sekaligus.....berita gembiranya, kenalan sewaktu aku di matrik uia dulu sudah selamat menjadi suami isteri....

kedua-duanya aku kenal sewaktu aku menjadi komiti ta'aruf week atau lebih dikenali sebagai minggu orientasi.....si suami adalah head committee untuk bahagian pendaftaran dan peperiksaan dan si isteri adalah penolongnya.....itulah kali pertama aku mengenali mereka walaupun aku sangat pasti mereka tidak kenal aku....sebabnya, selepas itu mereka jadi famous bila kedua-duanya dilantik menduduki kerusi mpp......walaupun tak pernah berbual mesra, disebabkan aku kenal mereka, kira kenalan la kan??? hehe....entah kenapa, melihat mereka pada waktu tu aku rasa mereka ni seakan ada chemistry.....tak tersangka mereka akhirnya diijabkabulkan sebagai suami isteri.....barakallahulakuma......sungguh, jodoh itu memang rahsia Allah.....walau terpisah seorang di uia gombak, seorang di uia kuantan, kalau dah jodoh tu, pasti akan bersatu akhirnya.....

berita sedihnya, selepas majlis kenalan aku ini berakhir dan kehidupan sebagai suami isteri bakal diteruskan di kuala lumpur, mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya.....innalillahiwainna ilaihi raji'un.....si suami hanya dirawat sebagai pesakit luar....si isteri, tangannya hampir dipotong akibat kecederaan yang agak serius.....tapi alhamdulillah....dengarnya, saraf dibahagiaan tangan itu berjaya disambung....syukur sangat-sangat.....semoga Allah memberimu kesembuhan, sahabat....serta kesabaran yang tinggi....

lalu apa?? setelah pelbagai perkara yang terjadi kebelakangan ini.....setelah pelbagai peringatan yang Allah beri....lalu apa auliya'??? lalu apa tindakanmu seterusnya???masih mahu lagi jadi insan yang sama??? masih mahu jadi insan yang tidak terkesan dengan apa yang terjadi disekelilingmu???

Allah menjadikan siang dan malam itu silih berganti....bergantinya siang dan malam itu, ada sesuatu yang Allah mahu tunjukkan....buka mata seluas-luasnya auliya'....berapa banyak peringatan yang Allah bentangkan dihadapanmu....tapi, kamu seolahnya tidak nampak.....tapi ketahuilah auliya'......bukan matamu yang buta....tetapi hati didalam dadamu yang buta.....jadi sekarang.....auliya'.....lihatlah dengan mata hatimu....hatimu tidak akan pernah menipumu.....

malam tadi aku berkempatan menonton dokumentari di tv alhijrah.....disebabkan aku tidak berkesempatan menonton dokumentari itu keseluruhannya, aku tak pasti tajuk siaran tersebut....tapi dokumentari itu tentang insan agung, kekasih hati yang sangat dirindui, Nabi Muhammad s.a.w......betapa setiap saat baginda tidak pernah lupa kepada umatnya....betapa rambut baginda makin memutih dan memutih memikirkan nasib umatnya.....tentang umatnya yang sentiasa melakukan kemungkaran, apakah Allah akan menurunkan azab kepada mereka, seperti mana nasib umat-umat terdahulu yang ingkar kepada seruan nabi mereka???

ya Allah....baginda siang malam memikirkan tentang umatnya....sampaikan waktu nyawa sudah dihujung badan pun, hanya umatnya yang baginda kenangkan....di bibir baginda hanya terlafaz ummati...ummati....ummati.....Allah.....aku jadi malu sendiri....
"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya." (Al-Ahzab:56)
selawat ke atas baginda.....salah satu bekalan untuk ke sana.....destinasi abadi....meminta belas supaya diberi syafaat....hari di mana tidak ada satu pun yang dapat menolong kita...Allah.....

p/s: Syurga.....adakah aku layak????